follow

Pelawat diminta Menonton Video ini seketika

Cube bayangkan org kita tersayang. Adakah kita sudah bersedia??
Showing posts with label perbezaan takaful dan insuran. Show all posts
Showing posts with label perbezaan takaful dan insuran. Show all posts

Perunding takaful Anda

Wahai..kawan2 , sudahkah anda planning financial anda utk hari hari2 tua selepas bersara nanti????

Tidak kah anda takut dgn kadar inflasi yang anda akan berhadapan 25 tahun dari sekarang????

Tidakkah anda pikir kadar perubatan 25 tahun akan datang????

Sudahkah anda bersedia utk dana pendidikan anak2 anda kelak.

Jangan jadikkan umur selepas bersara utk anda membanting tulang mencari rezki...umur itu sebenarnya adalah untuk anda rilex, beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah ( itu pon kalau masih hidup ekekek)

Anda mungkin berkata duit KWSP boleh tanggung kehidupan anda selepas bersara!!!

Ketahui ler hakikatnya berdasarkan kajian yang dibuat duit KWSP anda akan abis dalam masa 3 tahun selepas anda bersara.
Averagenya lelaki akan mati pada usia 72 tahun dan perempuan pada usia 76 tahun. Oleh itu wang kwsp akan abis pada usia anda 58 tahun. Kalau ler umur anda panjang sehingga 72 tahun, baki 14 tahun itu anda nak buat apa??? Kerja???? Usia dah lanjut masih nak Keja ker???? Anak tanggung???? Betul ker anak boleh tanggung??? Jangan ler dok mengharap...he..he.

Oleh itu anda perlu membuat planning dari sekarang ...buat investment, investment dan investment di usia muda nih ....kurangkan enjoywan anda agar anda tidak menyesal di kemudian hari

Tidak tahu di mana nak invest??? Sila Contact Saya seperti tertera di bawah
013-6080622/019-9620222

By Bro Ahmad with 0 comments

Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

  • a) Tabarru' dan Mudarabah

  • b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Rujukan :laman ustaz zaharuddin -  www.zaharuddin.net

Daftar takaful sekarang hubungi En.Ahmad wakil takaful di 019-9620222 / 013-6080622 
Kami akan membantu anda untuk memilih takaful terbaik untuk anda sekeluarga.
Terima Kasih

By Bro Ahmad with 0 comments