Pelawat diminta Menonton Video ini seketika
1. Apakah itu skim HLTMT i-Save?
Merupakan satu skim takaful yang menyediakan manfaat perlindungan kematian,
kecacatan kekal disamping nilai tunai di dalam akaun pelaburan peserta
2. Siapakah yang layak menyertai skim HLTMT i-Save?
Skim Takaful ini adalah untuk semua golongan masyarakat tidak kira bangsa dan
agama. Umur penyertaan skim HLTMT i-Save ini adalah diantara 30 hari hingga 60
tahun ( Umur lahir akan datang) dan umur kematangan adalah sehingga 80 tahun.
3. Berapakah sumbangan yang perlu saya sediakan?
Sumbangan minima untuk skim ini ialah RM 100 sebulan dan tiada sumbangan
maksima.
4. Bagaimana saya boleh menentukan nilai manfaat perlindungan?
Nilai manfaat perlindungan bergantung kepada umur dan nilai sumbangan yang
dipersetujui oleh peserta.
Contohnya :
a) En A berumur 20 tahun bersetuju utk menyumbang RM 100 sebulan atau RM 1200
setahun. Nilai perlindungan yang boleh dipilih adalah di antara RM 6000 (minima)
atau RM 60,000 (maksima)
Objektive En A : Untuk mendapatkan perlindungan tertinggi dengan simpanan yang
sederhana.
Di dalam kes ini En A bersetuju untuk mendapat perlindungan RM 60,000.
b) En B berumur 20 tahun bersetuju utk menyumbang RM 100 sebulan atau RM 1200
setahun. Nilai perlindungan yang boleh dipilih adalah di antara RM 6000 (minima) atau
RM 60,000 (maksima)
Objektive En B : Untuk mendapatkan perlindungan yang rendah dengan simpanan
yang tinggi.
Di dalam kes ini En A bersetuju untuk mendapat perlindungan RM 6,000.
5. Apakah yang tinggal untuk saya jika tiada sebarang tuntutan sepanjang tempoh
penyertaan?
Anda akan mendapat nilai didalam akaun pelaburan peserta berdasarkan harga pasaran
pelaburan yang terkini.
6. Di manakah sumbangan saya dilaburkan dan adakah pelaburan mengikut hukum
syarak?
Sebagai sebuah syarikat takaful, semua pelaburan adalah berdasarkan hukum syarak
dan ia akan sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah HLTMT . Bagi
skim ini pelaburan akan dibuat didalam bon-bon kerajaan serta ekuiti yang terdapat
didalam Bursa Saham Malaysia yang berlandaskan syariah Islam.
7. Apakah yang akan berlaku sekiranya terlepas bayaran sumbangan?
Jika anda tidak membayar sumbangan dalam tempoh sebulan yang diberikan, skim ini
akan tetap diteruskan sekiranya jumlah akaun pelaburan peserta yang ada mencukupi
untuk menampung pembayaran caruman peserta. Jika sebaliknya pihak syarikat akan
memulangkan baki akaun pelaburan peserta yang ada.
8. Apakah jenis caruman yang dibenarkan ?
Jenis-jenis caruman yang dibenarkan adalah secara tunai,cek, potongan
Angkasa(Kakitangan Kerajaan) dan potongan melalui majikan ( syarikat swasta)
0 comments: