follow

Pelawat diminta Menonton Video ini seketika

Cube bayangkan org kita tersayang. Adakah kita sudah bersedia??

Hong Leong Tokio Marine Takaful Lancar Skim Simpanan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (HLTM Takaful) telah melancarkan skim "HLTMT i-Grad", skim simpanan pendidikan jangka panjang, untuk membantu membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak di samping menyediakan perlindungan. Di bawah skim itu, ibu bapa perlu membayar iaitu dari RM70 sebulan dan mereka turut diberi pilihan untuk menentukan kematangan skim itu -- apabila anak-anak mencapai usia 19, 21, 23 atau 25 tahun, kata ketua pegawai eksekutif, Abdul Latiff Abu Bakar. "Kami percaya akses ke pendidikan boleh dijamin menerusi skim yang ibu bapa begitu mengambil berat pada terasnya dan kami memastikan sumbangannya rendah agar ibu bapa tidak dibebankan tanpa bersebab dan menyediakan manfaat tambahan iaitu perlindungan. "Skim baru itu akan membolehkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak mereka serta memberikan mereka ruang yang cukup untuk menyediakan keperluan lain untuk keluarga mereka," kata beliau dalam satu kenyataan. Abdul Latiff juga berkata yang skim itu akan menyediakan kelebihan balik ke sekolah di mana seorang anak itu layak untuk RM100 setahun pada permulaan setiap penggal sekolah dari umur 8 hingga 18 tahun dan ganjaran peperiksaan kepada peserta i-Grad kerana pencapaian akademik yang cemerlang. "Anak-anak yang dilindungi di bawah skim ini akan mempunyai tambahan perlindungan menerusi pembayaran atau rider faedah dan jika berlakunya kematian atau hilang upaya ibu bapa mereka, anak itu akan terus dilindungi sementara ansuran seterusnya akan diketepikan," tambah beliau. -- BERNAMA.

Ref: http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=13421&Itemid=460

By Bro Ahmad with 0 comments

0 comments:

Leave a Reply